Siakap Keli

Ini Teknik Mudah Buat ”Page Number”, ”List Of Table” Dan ”Table Content” Untuk Siapkan ”Assigntment”, Tesis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Teknologi komputer banyak membantu urusan seharian seperti memudahkan akses dokumen ketika berada di mana-mana dan mengurangkan penggunaan kertas.

Oleh itu, kemahiran dalam menggunakan perisian komputer merupakan satu perkara asas dalam kebanyakan bidang termasuk ketika pembelajaran.

Fakhrullah Samerin, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Elektrikal di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute, Gombak baru-baru ini telah berkongsi tips mudah untuk para pelajar menyediakan laporan tugasan menggunakan perisian Microsoft Word.

Fakhrul menjelaskan, angka pada muka surat dimulakan pada muka surat kelima kerana kebiasaannya di dalam laporan ada muka depan, kandungan, kata aluan, abstrak dan sebagainya.

Bahagian-bahagian ini biasanya dilabelkan dengan nombor roman (I, II, III…) berbanding muka surat lain. Disebabkan itulah ada yang mengasingkan bahagian terawal dalam dokumen berasingan dengan laporan.

Oleh itu, Fakhrul berkongsi cara untuk;

  1. asingkan muka depan, abstrak dan isi laporan
  2. buat jadual tanpa perlu masukkan nombor muka surat atau nombor gambarajah satu persatu (List of Figure)
  3. buat page landskap dan potret dalam satu dokumen

1. Asing muka depan

1. Klik “Design > Different First Page”.

Secara automatik, dia akan jadi page pertama yang tak akan diganggu bila kau buat page number.

2. Klik dua kali pada footer

Dah klik pada bahagian footer tu, tengok bahagian atas ada tulis “Link to previous”.

“Design > Link to Previous”

Klik untuk cancelkan link antara muka surat tu dengan muka surat sebelumnya. Bila dah tekan, secara automatik muka surat tu tak akan bersambung dengan page yang kita nak guna.

3. Untuk page number, pada muka surat yang kita nak tu, kita edit dulu page number tu.

“Page Number > Format Page Numbers > Start at I”

Nombor bergantung samada angka Roman atau 1,2,3.

2. Jadual kandungan serta list of figure

Langkah pertama untuk buat Table of Content ialah dengan set Heading bagi setiap tajuk besar dalam laporan tu contohnya; Bab 1, Bab 2 dan seterusnya.

1. Klik “Heading > Modify”

Setiap topik dan subtopik, gunakan Heading berlainan bergantung pada format laporan. Contohnya;

1.1 Topik utama – heading 1
1.1.1 Subtopik … heading 2

Untuk linkkan dengan isi kandungan pada bahagian depan laporan,

2. Klik “References > Table of Contents”

Siap!

Isi kandungan korang dah siap sekali dengan nombor muka surat. Korang boleh edit balik nombor muka surat dengan tekan kotak tu.

List of Figure dan List of Table

Untuk membuat List of Table dan List of Figure, pertamanya, korang kena masukkan kapsyen bagi setiap jadual atau gambarajah dalam laporan,

1. Klik gambar > Caption > Insert Caption > Label : Figure

Untuk List of Table, korang

Klik “References > Insert Table of Figures”

  • Caption label > Table
  • Option > Style > Caption

Siap!

Untuk List of Figure pun sama sahaja konsepnya.

Klik “References > Insert Table of Figures”

  • Caption label > Figure
  • Option > Style > Caption

3. Tukar landskap dan potret

Mula sekali, kita tengok dulu overview dokumen yang kita nak buat pengasingan page ni. Page kedua tu pakai page break ye. Jangan la tekan enter-enter-enter sampai dapat page ke-2. Buat malu kat orang je.

 

Kemudian, kita pergi page yang kita nak tukar jadi landscape tu, kita klik je page tu.

Kemudian kita buat next page pada page tersebut.

“Layout>Breaks>Next page”

Kemudian kita tukar la page potrait tu kepada landscape.

“Layout>Orientation>Landscape”

Maka terhasillah page landscape sebegini.

Kemudian kita nak buat page seterusnya dalam potrait. Jadi kita add page dulu menggunakan page break seperti dibulatkan dalam gambar.

“Insert>page break”

Ok ini dah ada tambahan page. bila tambah page, dia akan ikut keadaan page sebelumnya. Maka page seterusnya ini dalam landscape juga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fakhrullah Samerin

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.