Siakap Keli
Gambar: Pinterest

Selalu Sedar Ada Ruang, Kenapa Pintu Tandas Terbuka Dibahagian Bawah?

Setiap kali mengunjungi ke tandas awam, anda pastinya menyedari bahawa pintu dan dinding tandas tidak menyentuh lantai. Perkara ini bermakna terdapat ruang di antara pintu dengan lantai yang pastinya membuatkan anda tidak selesa. Apa tidaknya, ruang tersebut bagaikan membataskan privasi anda ketika berada di dalamnya.

Namun begitu, pintu dan dinding tandas awam mempunyai sedikit ruang pada bahagian bawah adalah kerana beberapa faktor.

Mudahkan kerja-kerja pembersihan

Ruangan pada bahagian bawah pintu dan dinding tandas awam boleh memudahkan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pencuci kerana boleh mengendalikan mop di bawah pintu tanpa membukanya. Dengan itu, ianya pasti menjimatkan masa dan memudahkan tugas pencuci. Kesan daripada itu, ianya juga dapat menjimatkan wang pengusaha tandas daripada mengupah lebih ramai pencuci untuk melakukan kerja yang begitu mudah.

Gambar: SCMP

Menghalang perbuatan tidak bermoral

Ruangan yang terdapat di bawah pintu itu juga akan menghalang segelintir pengguna menyalahgunakan tandas awam sebagai tempat menjalankan perbuatan tidak bermoral.

Gambar: Quora

Menghalang orang memasuki tandas yang sama

Ruangan tersebut sekurang-kurangnya akan menampakkan kaki pengguna yang berada di dalam. Oleh itu, pengguna lain akan dapat menyedari kewujudan pengguna lain di dalamnya dan tidak terus memasuki tandas yang sama. Ini bermakna, dia perlu mencari tandas yang lain ataupun menunggu gilirannya.

Lebih murah 

Disebabkan pintu dan dinding tandas tersebut tidak sepenuhnya, sudah pastinya bahan yang digunakan lebih sedikit dan dapat menjimatkan kos. Oleh itu, pengusaha tandas awam boleh mengurangkan kos pembelian bagi pintu dan dinding tandas.

Sumber: Urbo

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra