Siakap Keli

(Video)Anggaran 60 Rumah Musnah, Kebakaran Di Kampung Otentik Tawau

TAWAU, 27 Ogos (Bernama) — Dianggarkan 60 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat, di sini, malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya mengalami kesukaran memadamkan api berikutan faktor pergerakan angin kuat selain kedudukan rumah yang rapat.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.51 malam sebelum empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama 53 anggota dari Balai Bomba Tawau bergegas ke lokasi kejadian. Sebuah jentera FRT dari Balai Bomba Kunak turut dikerah ke lokasi berkenaan,” katanya.

Menurut Sharudy, api berjaya dikawal pada 12.48 tengah malam dan padam sepenuhnya pada 3 pagi.

Katanya, sumber air yang digunakan bagi kerja-kerja pemadaman adalah melalui pili bomba serta air sungai berdekatan.

“Proses memadamkan api itu turut dibantu penduduk kampung serta Bomba Sukarela Merotai,” katanya dan turut sama dalam operasi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Rela.

Sharudy berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA, FB BES TAWAUfm

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.