Siakap Keli
Kredit: Cikgu Gja Abd Aziz

(Video) Merdunya, Cara Cikgu BM Ini Dendangkan Syair Buat Murid Dan Netizen ‘Cair’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Guru mempunyai peranan dan bakti yang besar dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang mereka.

Seorang guru mampu menyatupadukan murid dan mengukuhkan perpaduan berbilang bangsa melalui cara pengajaran yang kreatif di sekolah mengikut subjek masing-masing.

Seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Gja Abd Aziz baru-baru ini meraih perhatian netizen apabila beliau mendendangkan syair bertajuk ‘Malaysia Tercinta’ dalam irama Hiasan dan Selendang Delima di hadapan para pelajarnya ketika sesi pembelajaran subjek tersebut.

Lantunan suara dan bait syair yang indah itu telah menyentuh hati mereka yang mendengar, mengenangkan tanah air tercinta menjelang Hari Kemerdekaan.

Jom kita hayati puisi indah ini. Terimalah Syair Malaysiaku Merdeka..

Irama Hiasan
Irama Selendang Delima

Lirik syair

Semoga dendangan dan bait syair yang mendalam ini dapat memuhasabah dan mengukuhkan kembali semangat perpaduan kita yang semakin rapuh. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat semua.

Sumber: Cikgu Gja Abd Aziz

Amira

Love yourself.