Siakap Keli
Gambar: azizah iskandar

Agong, Permaisuri ‘Tawan’ Puncak Candi Borobudur

MAGELANG (Jawa Tengah), 28 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini ‘menawan’ puncak Candi Borobudur, yang merupakan monumen warisan terkenal di Jawa Tengah, Indonesia.

Dalam lawatan itu, Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendaki anak tangga menuju ke puncak candi bagi menikmati pemandangan dan menghayati keunikan seni bina monumen bersejarah itu.

Lawatan Seri Paduka berdua ke candi Buddha terbesar dunia itu adalah satu refleksi kecintaan  terhadap kepelbagaian budaya, nilai estetika dan sejarah.

Berkeluasan 2,500km persegi, Candi Borobudur yang dibina pada abad kelapan tersenarai sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Pasangan diraja itu meluangkan masa kira-kira satu jam di tapak warisan dunia itu dan berkesempatan beramah mesra dengan pelancong termasuk rakyat Malaysia.

Seri Paduka berdua diiringi Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo serta  Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan delegasi Malaysia.

Terdahulu, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke kompleks Harto Soehardjo di Kotagede bagi melihat seni pembuatan kraftangan yang dihasilkan daripada perak.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.