Siakap Keli

“Bukan Manusia Agaknya,” Aksi ‘Mak-Mak’ Naik Motor Buat Netizen Terhibur

Menunggang motorsikal di atas jalan raya bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh, malah memerlukan tumpuan yang sangat tinggi. Perkara ini berikutan terdapat pelbagai jenis bahaya kemalangan sama ada disebabkan oleh diri sendiri dan orang lain mahupun keadaan fizikal jalan yang berada dalam keadaan tidak baik.

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan rakaman seorang individu yang dipercayai wanita menunggang motorsikal jenis skuter dalam keadaan berdiri. Lebih menarik, semasa rakaman itu dibuat, wanita tersebut sedang melintas jalan yang mana lampu isyaratnya berada di kedudukan merah yang memerlukan pengguna jalan raya berhenti.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Tindakan wanita berkenaan dilihat bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, malah turut menyebabkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain. Namun, bukan itu sahaja aksi wanita berkenaan  yang berjaya dirakam malah terdapat beberapa lagi aksi yang dianggap merbahayakan dirinya.

Aksi kedua. Terbang ngengggggg

https://platform.twitter.com/widgets.js

Rakaman ini pula memaparkan aksi wanita itu dengan gaya ‘superman’ di atas skuternya dengan tidak meletakkan kakinya pada tempat yang betul malah dibiarkan pada bahagian belakang. Bukan itu sahaja, aksi wanita itu juga berjaya dirakam ketika dia menunggang motorsikal dengan meletakkan kedua-dua kakinya di atas tempat duduk.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Disebalik aksi-aksi tersebut,  wanita ini didakwa mempunyai masalah mental sehingga menyebabkan dia sering melakukan perkara-perkara aneh seperti itu.

“Mohon maaf kata rakan-rakan dia mempunyai gangguan mental dan sering melakukan aksi sebegitu”

Walau bagaimanapun, aksi yang dilakukan oleh wanita ini boleh mengundang kepada risiko kemalangan kepada dirinya dan malah turut melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: Twitter @kebahagyaan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra