Siakap Keli

Gaza Diserang Lagi, 3 Terbunuh Dalam Insiden Letupan Lewat Malam

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyyeh berjanji bahawa dia akan mendedahkan punca letupan yang’ menyerang’ Gaza pada malam selasa (waktu tempatan).

Pihak berkuasa tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang telah terbunuh dan beberapa orang lagi cedera dalam dua letupan di Gaza City lewat malam selasa.

Haniyyeh menyatakan bahawa semuanya masih terkawal dan letupan terbabit tidak dapat melemahkan kestabilan rakyat di sana.

berkata, “Semuanya berada di bawah kawalan dan letupan tidak dapat melemahkan kestabilan rakyat kita.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa dan jangan mendengar sebarang khabar angin dari sumb er yang tidak sahih.

Dua dari mangsa tersebut dipercayai terbunuh dalam letupan pertama di persimpangan al-Dahdouh di bahagian selatan bandar raya itu.

Menurut Jurucakap Kementerian Dalaman, Ledakan pertama itu berlaku berhampiran dengan pos pemeriksaan polis.

“Dua anggota polis dilaporkan terkorban akibat letupan yang berlaku di  tempat pemeriksaan polis di persimpangan Dahdouh di selatan Kota Gaza.”

Manakala seorang lagi terbunuh dalam letupan lain tidak lama kemudian di kawasan kejiranan Sheikh Ajlin.

Beberapa orang lagi dilaporkan cedera, salah seorang daripadanya kritikal dan telah dipindahkan ke hospital Al-Shifa untuk rawatan susulan.

Sumber: The Jerusalem Post

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)