Siakap Keli
Foto: FB Huawei Mobile

HUAWEI nova 5T: Jawapan Bagi Siapa Yang Mahukan Telefon Dengan 5 Kamera AI Berkualiti & Prestasi Padu

Memiliki telefon pintar berprestasi tinggi adalah antara idaman ramai orang, terutamanya golongan muda. Dua perkara yang sering dinilai tinggi dalam sesebuah telefon pintar hari ini sudah semestinya kualiti kamera serta cip pemprosesan yang bagus.

Akan tetapi, telefon pintar yang mempunyai dua ciri di atas biasanya dijual pada harga yang sangat mahal. Ada di antara kita yang sanggup berhutang atau membeli secara ansuran untuk memilikinya.

Kini, korang tak perlu lagi ‘pecah tabung’ untuk mendapatkan telefon sedemikian. Ini kerana, HUAWEI baru sahaja memperkenalkan model terbaru mereka, HUAWEI nova 5T pada 27 Ogos yang lepas.

Malah, HUAWEI telah memilih KL Fashion Week(KLFW) 2019 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini sebagai platform untuk memperkenalkan peranti ini buat pertama kali di peringkat global.

Foto: FB Huawei Mobile

Main Game Tanpa Lag Dengan HiSilicon Kirin 980

Sesuai dengan ciri-ciri yang kita bincangkan sebentar tadi, nova 5T ini didatangkan dengan cip terbaru HiSilicon Kirin 980 beserta memori 8GB RAM dan simpanan dalaman 128GB. Bagilah game apa pun, telefon ini confirm boleh mainkan tanpa lag.

Bukan itu sahaja, dengan GPU Turbo 3.0, prestasi gaming peranti ini pasti lebih mantap dan kuasa pun akan dapat bertahan lebih lama dengan pengurusan bateri 10% lebih baik.

Lima Lensa Kamera Berkuasa AI Yang Mengagumkan

Berkenaan kamera pula, model terbaru HUAWEI ini dilengkapi kamera selfie 32MP yang membolehkan korang mengambil gambar selfie yang cantik. Tak cukup dengan itu, kamera belakangnya pula disokong oleh empat lensa – 48MP + 16MP + 2MP + 2MP. Kualiti gambarnya pula tidak perlu dipersoalkan lagi.

Selain itu, antara ciri menarik lain yang dimiliki peranti ini ialah panel All-View-Display 6.26-inci, rekaan panel belakang yang menarik serta pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 22.5W. 30 minit pengecasan, korang dah boleh dapat 50% bekalan kuasa bateri.

Rekaan Menawan Serba Baharu dan Moden

Seperti kebanyakan peranti keluaran HUAWEI sebelum ini, nova 5T ini juga hadir dengan rekaan yang menawan. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna berbeza – Crush Blue, Midsummer Purple dan Black.

HUAWEI nova 5T ini dipasarkan pada tanda harga RM1599 di pasaran Malaysia. Akan tetapi, kami nasihatkan korang yang memang tengah cari telefon baru tu untuk buat pre-order telefon ni cepat.

Sebabnya, HUAWEI ada menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM325 berbentuk dua unit HUAWEI Mini Speaker* serta HUAWEI SuperCharge Car Charger bagi dibawa pulang secara percuma khas untuk sesiapa yang membuat pra-tempah.

Tak cukup? Nah, HUAWEI siap nak bagi korang satu tahun warranti tambahan lagi. Pra-tempah ini dibuka bermula 29 Ogos sehingga 5 September ini, jangan lepaskan peluang ya.

*sementara stok masih ada
Foto: FB Huawei Mobile

Seperkara lagi, bagi korang yang memang merupakan pengguna telefon HUAWEI nova sekarang ini, HUAWEI ada tawaran khas untuk korang. Bermula 7 September ini, korang boleh trade-in fon lama korang untuk dapatkan nova 5T ini pada harga istimewa melalui program Level-up Program di kedai-kedai rasmi HUAWEI.

Oh ya, bercakap mengenai pra-tempahan, HUAWEI juga membuka pra-tempah bagi satu lagi produk terbaru mereka, HUAWEI MediaPad M5 Lite 10 dalam tempoh yang sama.

MediaPad M5 Lite 10 ini adalah merupakan sebuah tablet terbaru bagi siri MediaPad M5 yang sedia ada. Sama seperti model terdahulu, model MediaPad terbaru ini didatangkan dengan beberapa ciri menarik.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah kapasiti baterinya yang besar. Dengan bateri berkapasiti 7500mAh, peranti ini pastinya akan menjadi peneman yang baik sepanjang hari anda.

Tablet ini juga mempunyai skrin dengan resolusi HD penuh(FHD) yang memberi imej yang tajam dan tona warna yang jelas. Ditambah pula dengan sistem audio 3D empat speaker yang ditala(tuned) oleh Harman Kardon.

Dijual pada harga RM1299, HUAWEI menawarkan hadiah menarik berupa HUAWEI Mini Speaker dan HUAWEI M-Pen Lite secara percuma bagi pembeli yang membuat pra-tempahan bagi mendapatkannya.

Jadi apa tunggu lagi? Mengapa bayar lebih jika korang boleh dapat free, kan? Buat pra-tempahan anda melalui laman sesawang rasmi HUAWEI Malaysia sekarang sebelum terlambat.

Foto: FB Huawei Mobile

Bagi yang berminat untuk rasai sendiri kualiti yang dimiliki oleh HUAWEI nova 5T ni, korang boleh datang ke lokasi berikut pada tarikh yang dinyatakan:

  • Sunway Pyramid, Petaling Jaya – 3 Ogos – 2 September
  • Paradigm Mall, Johor Bahru – 29 Ogos – 2 September
  • Imago, Kota Kinabalu – 29 Ogos – 1 September
  • The Spring, Kuching – 29 Ogos – 1 September
  • KB Mall, Kota Bharu – 29 Ogos – 31 Ogos
  • Sunway Carnival Mall, Perai – 3 September – 5 September

Untuk lebih maklumat mengenai dua peranti ini, korang boleh lawati laman sesawang rasmi HUAWEI Malaysia atau ikuti HUAWEI Malaysia di Facebook.



Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi