Siakap Keli

”Ini Yang Kita Panggil Tak Ada Otak,” Netizen Bengang Rakyat Malaysia Tak Peka Golongan OKU

Semua sudah sedia maklum bahawa terdapat kemudahan awam yang disediakan khas untuk kegunaan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Namun malangnya, banyak yang telah disalah gunakan oleh orang awam seperti lif, tempat meletak kenderaan dan tandas OKU.

Mereka yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja tidak mengendahkan papan tanda yang jelas terpampang simbol atau perkataan OKU tetapi secara terang-terangan selamba menggunakan kemudahan ini di hadapan individu yang sepatutnya.

Menerusi Facebook, pihak Rapid KL telah berkongsi satu foto di mana seorang OKU dilihat sedang beratur di belakang orang awam untuk menaiki lif. Apa yang menimbulkan perhatian ramai adalah lif tersebut jelas menunjukkan ianya adalah khusus untuk kegunaan OKU.

Rata-ratanya merasa kesal dengan sifat orang awam yang tidak mengendahkan OKU tersebut. Malah, RapidKL turut memberikan pesanan sekiranya mereka terlepas pandang sekalipun, alangkah baiknya jika melihat dulu di sekeliling.

Mana tahu mungkin terdapat golongan OKU yang sedang terkial-kial menunggu giliran di belakang anda yang sepatutnya menjadi hak mereka. Moga dapat menjadi peringatan kepada semua agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Takkan lari lif dikejar, laju laju sangat nak pergi mana?

Tidak cukup dengan itu, ramai netizen seeprti ibu mengandung dan warga emas yang turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan sikap orang awam yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai pengguna yang bijak, orang awam sepatutnya lebih peka akan hal ini dan bersifat mendahulukan keutamaan kepada yang orang lain yang memerlukan.

Yang kat depan tu OKU mental ke?

Dah nampak perut saya pregnant pun kena berdiri 30 minit

Ada kaki tu naiklah tangga

Ini yang kita panggil tak ada ‘otak’

Sumber : Rapid KL

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra