Siakap Keli
Gambar: Bernama

Khalid Samad Jelaskan Punca Isu Lif PPR Kampung Kerinchi Terhempas

2 Ogos lalu kita digegarkan dengan insiden sebuah lif  terhempas di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, Kuala Lumpur.

Seramai lapan orang mangsa dilaporkan tercedera dalam kejadian terbabit setelah lif berkenaan dilaporkan terhempas dari tingkat lima bangunan tersebut.

Setelah beberapa minggu menunggu laporan siasatan mengenainya, akhirnya sebentar tadi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad telah memberikan penjelasan tentang punca kejadian itu.

Menurutnya, kegagalan komponen sistem brek berfungsi dengan baik punca lif PPR Kerinci terhempas.

Beliau berkata demikian di pejabatnya di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)