Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: HuffPost/Shanghaiist)

Lebam Dan Tangan Patah, Lelaki Terima Padah Cedera Teruk Akibat Lawan Gusti Lengan

Beradu kekuatan dengan berlawan gusti lengan bukanlah asing terutamanya bagi golongan lelaki. Malah, ia menjadi antara ‘permainan’ popular ketika di sekolah.

Walaupun pada hakikatnya ia bukanlah permainan sukan yang berisiko tinggi, namun itu tidak bermakna ia tidak boleh mendatangkan kecederaan langsung.

Ia dibuktikan dengan satu kejadian yang berlaku di China baru-baru ini selepas seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xu, 21 tahun telah mengalami kecederaan serius pada pergelangan tangannya.

Foto: Pear Video/Global Times

Dalam satu gambar yang tular di Internet selepas dikongsikan oleh beberapa media antarabangsa, tangan Xu kelihatan biru kemerahan akibat dari kecederaan dalaman yang dialaminya.

Xu juga merupakan seorang pelajar memberitahu Shanghaiist, dia terdengar bunyi seperti tulangnya merekah dan tidak dapat menggerakkan tangannya semasa sedang bergusti lengan dengan rakannya.

Foto: Pear Video/Shanghaiist

Dia kemudiannya berkejar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Imej X-ray yang dibuat memperlihatkan tulangnya patang di dua kawasan berbeza.

Doktor yang merawatnya juga dikatakan terkejut dengan kecederaan dialami Xu memandangkan dia masih muda dan tulangnya masih lagi kuat.

Sumber: Shanghaiist, Asia One

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.