Siakap Keli
Gambar: BBC

Malang Tak Berbau, Bayi 18 Bulan Maut Dihempap Cermin Butik Dalam ‘Airport’

Malang menimpa seorang bayi yang baru berusia 18 bulan apabila didapati maut selepas terhempap cermin panjang penuh di sebuah butik yang terletak didalam Lapangan Terbang Jewel Changi.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Urban Revivo iaitu salah satu outlet fesyen China di tingkat dua lapangan terbang berkenaan.

Gambar: The Newpaper

Akibat dihempap oleh cermin itu, bayi berkenaan didakwa tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Changi namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.

Menurut pihak berkuasa, mereka menerima panggilan bantuan kira-kira jam 12.30 tengahari mengenai kejadian yang melibatkan bayi berusia 18 bulan itu.

Kami akan bekerjasama dengan penyewa premis berkenaan untuk memastikan butir-butir insiden tersebut. Penyiasatan terus dijalankan dan untuk menghormati privasi keluarga, kami tidak dapat memberi komen lanjut.

Terkesan dengan kejadian itu, pihak Lapangan Terbang Jewel kesal akan kejadian yang menimpa bayi tersebut dan akan bekerjasama dengan Urban Revivo untuk menyalurkan maklumat dengan lebih terperinci.

Cermin panjang penuh itu telah jatuh menimpa seorang bayi dan kakitangan di tempat itu segera memberikan pertolongan cemas kepada bayi tersebut sementara menunggu ketibaan paramedik.

Urban Revivo juga menerusi satu kenyataan turut berduka cita akan kejadian itu dan memberi sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa untuk menghadapi saat yang sukar ini. Walau bagaimanapun, pihak Urban Revivo masih belum membuka  premis mereka dengan memaklumkan kepada pelanggan bahawa butik ditutup atas urusan ‘stock take’.

Sumber: Channelnewsasia.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra