Siakap Keli

Patutlah Ada Gelung Ni, Ternyata Fungsinya Boleh Selamatkan Barang Yang Nak Dibeli

Berkunjung ke pasaraya membeli belah adalah sesuatu yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi tujuan untuk membeli pelbagai peralatan rumah terutamanya barangan dapur. Apabila telah memasuki pasaraya yang dipilih, sudah pastinya barangan yang hendak di beli dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, rata-rata pengunjung akan memilih untuk menggunakan troli untuk membawa barangan yang hendak dibeli.

Walaupun telah kerap kali menggunakan troli di pasaraya membeli belah, sedarkah anda terdapat gelung besi tambahan yang kebiasaannya terletak di ruangan tempat duduk kanak-kanak?

Gambar: Guff

Gelung besi yang terpacak itu bukanlah sengaja direka sebegitu, namun terdapat fungsinya yang boleh memudahkan anda serta dapat menyelamatkan anda daripada mengalami kerugian.

Ruang tambahan di dalam troli

Sekiranya anda ingin membeli barangan dengan kuantiti yang banyak dan troli anda sudah hampir penuh, gelung ini sangat berfaedah kepada anda. Perkara ini adalah kerana ianya berfungsi untuk anda menggantungkan beberapa barangan yang telah dibungkus dengan plastik. Walau bagaimanapun, ianya tidak akan menjejaskan ruang pada bahagian lantai troli yang anda gunakan. Oleh itu, anda boleh terus membeli barangan keperluan anda tanpa perlu risau ruangan troli tidak mencukupi.

Jaga kualiti barang daripada rosak dan pecah

Gelung tersebut juga dapat menghalang anda daripada mengalami kerugian akibat daripada barangan yang dibeli rosak kerana berada dalam keadaan bertindih di dalam troli. Dengan memanfaatkan gelung itu, anda boleh mengantungkan barangan seperti roti dan telur dan pastinya ia tidak akan rosak akibat ditindah dengan barangan yang lebih berat.

Sekarang anda sudah mengetahui rahsia disebalik troli yang anda gunakan terutamanya tentang gelung yang terpacak itu. Jadi, selepas ini anda sudah tidak perlu risau sekiranya troli anda penuh atau khuatir barangan yang dibeli akan rosak kerana ditindih oleh barangan lain.

Sumber: Guff

syafiq halim

Tambah komen