Siakap Keli

Permohonan Isytihar Fatwa Liberalisme Dan Pluralisme Ditolak, Jabatan Mufti Negeri Selangor Zahir Kesyukuran

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Sister In Islam (SIS), Zainah Anwar dan Zaid Ibrahim untuk mengisytiharkan Fatwa Liberalisme dan Pluralisme Agama yang diwartakan pada 17 Julai 2014 sebagai tidak sah dan tidak berpelembagaan. Berikutan keputusan itu, banyak pihak yang gembira dan memanjatkan kesyukuran.

Tidak terlepas, Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi satu kenyataan media yang baru dikeluarkan sebentar tadi telah menzahirkan kesyukuran mengenai keputusan itu.

Kenyataan Media Jabatan Mufti Negeri Selangor

Posted by Jabatan Mufti Negeri Selangor on Wednesday, 28 August 2019

Menerusi kenyataan tersebut, keputusan penolakan fatwa itu jelas mengiktiraf semua fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan oleh MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai fatwa yang sah. Orang ramai juga dinasihati untuk mematuhi fatwa terutamanya yang berkaitan dengan fahaman-fahaman dan ajaran-ajaran yang menyeleweng dari ajaran Islam.

Di samping itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor juga menyeru dan mengajak kepada pengamal fahaman liberalisme dan pluralisme untuk bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.