Siakap Keli
Gambar: Youtube

Rasanya Ramai Tak Tahu Kenapa Kasut Sukan Mempunyai Lubang Tali Kasut Lebih, Ini Fungsinya

Setiap kali anda ingin mengikat tali kasut, anda sudah pastinya menyedari terdapat satu lubang tambahan yang dibiarkan kosong pada bahagian atas kasut. Namun begitu, ramai yang tidak menghiraukan lubang tersebut dan ada juga yang menganggap lubang tersebut hanyalah sebagai hiasan untuk menampakkan kasut lebih menarik. Namun, tanpa anda sedar lubang tambahan tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri dan ianya sangat bermanfaat kepada anda.

Gambar: Youtube

Sekiranya anda peminat sukan yang sering menjalankan aktiviti seperti berlari, lubang tersebut sangat penting kepada anda. Lubang tambahan itu diciptakan untuk anda mengikat tali kasut dengan lebih baik supaya dapat digunakan untuk aktiviti berjalan kaki ataupun berlari. Menerusi teknik ikatan yang betul pada bahagian lubang berkenaan, kasut anda sudah pasti tidak akan terlucut daripada kaki.

Selain itu, kaki akan juga akan berada dalam keadaan yang baik sekiranya teknik ikatan yang anda lakukan itu dengan cara yang betul. Perkara ini kerana ianya akan menghalang tumit anda daripada meluncur ke belakang semasa berjalan ataupun berlari.

Ia sangat penting kerana pergerakan tumit anda di dalam kasut boleh menyebabkan kecederaan seperti kaki melecet.

Gambar: Virtual Sport Injury Clinic

Sebagai seorang peminat sukan, anda perlu mengambil berat mengenai perkara ini supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan kaki. Lubang tambahan yang terdapat pada kebanyakan kasut sukan merupakan salah satu cara untuk memastikan kaki anda sentiasa selamat ketika menjalani aktiviti lasak.

Sumber: Mental Floss

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.