Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Seorang Maut, Dua Cedera Nahas Empat Kenderaan

Kuala Lumpur : Seorang lelaki maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 41 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Guru Nanak, Hulu Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Azman Ab Rahman berkata ​Mara’ai Md Aris, 57, yang bekerja sebagai Pembantu Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Gombak meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Beliau berkata kemalangan turut menyebabkan dua lelaki berusia 48 dan 20 tahun masing-masing cedera parah dan patah kaki kanan.

”Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga yang dipandu Mara’ai dari arah Gombak menghala ke Kuala Kubu Bharu disyaki memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang dipandu lelaki berusia 48 tahun.

”Akibat kemalangan itu, sebuah lagi kereta dan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berumur 20 tahun yang berada di laluan kereta Myvi tidak sempat mengelak, lalu terbabas di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut Azman pemandu kereta berusia 21 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Katanya mayat Mara’ai dunia dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala dua yang cedera dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan selanjutnya, dan kes ​​​​​​​disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.