Siakap Keli
Foto: BERNAMA

(Video)Rakaman “Dashcam” Tular Dedah Detik-Detik Kemalangan Maut Libatkan Lori Muatan Tong Gas

Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan empat buah kenderaan termasuk sebuah lori dengan muatan tong gas di KM269.9 Lebuhraya PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai.

Kemalangan yang terjadi berhampiran dengan RnR Seremban Utara pada jam 10 malam, 26 Ogos tersebut dilaporkan telah meragut tiga nyawa.

Selain lori tong gas, kenderaan lain yang terbabit ialah dua buah motorsikal serta sebuah lagi lori. Mangsa yang meninggal dunia merupakan penunggang dan pembonceng motorsikal serta pemandu lori berkenaan.

Bercakap mengenainya, satu video rakaman kejadian melalui dashcam salah seorang saksi kemalangan telah pun didedahkan dan dimuatnaik di laman media sosial baru-baru ini.

Melihat daripada rakaman video berkenaan, salah sebuah lori yang terlibat dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori yang lain mengakibatkan ia hilang kawalan.

Bagaimanapun, imej serta lokasi dua motorsikal terlibat tidak dapat dilihat melalui rakaman video berkenaan.

Dalam pada itu, kami ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dan mengingatkan pemandu diluar sana untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Sumber: FB Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen