Siakap Keli
Gambar: EarthSky

Waspada, Amaran Ribut Petir Sehingga Malam Ini – Met Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 8 malam ini ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah), (Perak), (Kelantan), Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang (Terengganu), Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin (Pahang), Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang (Selangor), (WP Putrajaya), Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol (Negeri Sembilan), Segamat dan Mersing (Johor).

Bagi kawasan di negeri luar Semenanjung pula ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Kapit (Song) (Sarawak), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran (Sabah).

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra