Siakap Keli

Anak Masuk Hospital Empat Hari, Muntah Lebih 20 Kali Lepas Makan Coklat Dalam Kotak Mainan Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gara-gara didakwa memakan gula-gula yang terkandung di dalam kotak mainan yang dibeli dari sebuah kedai runcit di Taman Sri Gombak, Jumaat lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengalami keracunan makanan.

Perkara tersebut dikongsi oleh bapa mangsa, Salahuddin Haris Yoganathan, selepas anaknya, Asha Azaleah Natasha Nathan, yang berusia 6 tahun, mengalami muntah dan cirit-birit selepas makan makanan itu dan ditahan di hospital selama empat hari. Ikuti perkongsian seperti di bawah.

IBU BAPA SILA AMBIL PERHATIAN. BARANG2 MAKANAN YANG TERDAPAT DI DALAM KOTAK MAINAN DI BAWAH BOLEH MENYEBABKAN KERACUNAN MAKANAN. Empat hari anak muntah dan cirit lebih

Pada hari Jumaat lepas iaitu 23hb Ogos 2019 anak saya yang berumur 6 tahun 5 bulan terkena keracunan makanan yang berpunca daripada makan jenis gula-gula dan coklat dalam kotak mainan di gambar berikut. Dah 4 hari anak saya muntah dan cirit birit, hari pertama sahaja anak saya muntah lebih daripada 20 kali!

Hari ini saya terus pi cari penjual makanan tersebut, lepas saya dapat jumpa dia, saya tanya dia pasal barang yang dia jual dan dengan slumber mak bapak dia boleh kata “Boss ini barang memang tak boleh makan, itu mainan takpa, sorry Boss saya lupa bagi tahu”.

Kalau anak orang mati boleh tanggung?

Masa tu memang saya nak bagi dia makan helmet apollo limited edition tapi saya fikir dia ni orang tua, orang susah dan dia pun mencari rezeki anak bini dia. Saya terus bagi tahu dia, “ini barang lu jangan jual lagi, anak saya masuk hospital kena racun makanan, you sudah tahu tak boleh makan lu lagi mau jual ini barang? Kalau anak orang mati lu boleh tanggung?”

Dia kata “sorry Boss saya lupa cakap”.. Saya terus sound “lu lupa? berapa kali saya sudah beli ini barang sama you, banyak2 kali saya beli pun lu lupa? sekarang bukan cerita lu lupa ke apa? Ini barang bahaya tau? lu lagi mau jual?

Sekarang saya bagi tahu you, saya tak mahu tengok you jual ini barang lagi, kalau saya nampak you jual lagi? Sebelum saya hantar lu pergi balai polis, saya mesti kasi you masuk hospital dulu, baru lu tahu macam mana sakit budak2 yang makan benda yang you jual faham???”.

Dia terus mengadu, “tolong jangan report saya Boss”.. Saya bagi tahu dia “ini kali saya tak repot you, you pun cari makan, saya tahu, tapi lain kali jangan jual barang macam ni. Sekarang saya nak ambil gambar barang ni dan bagi tahu semua orang supaya jangan beli dan kalau jumpa orang jual? Kena tegur dn kalau mereka masih nak jual? kena lapur”.

“Okay Boss, thank you Boss, sorry Boss, lain kali saya tak jual Boss”

Pesan bagi ibu bapa di luar sana

Pesan bagi semua ibu bapa di luar sana, kalau nampak benda ini? Sila lapur dengan penguatkuasa yang berhampiran, sekarang ni pembekal makanan dah takda etika, saya hairan macam mana barang macam ni boleh di pasarkan di Negara kita?

Macam mana Kementerian Kesihatan boleh memberi kelulusan untuk barang-barang makanan macam ni, terdapat beberapa jenis makanan yang logo halal pun macam tak betul dan ada juga yang langsung tidak ada logo halal. Harap2 pihak Berkuasa dan Pemantau dapat tangkap pembekal dan pengedar barang makanan tersebut.

Dan kepada sesiapa yang menjual barang ni? Jangan sampai saya nampak, nak cari keuntungan lebih pun agak2, jangan main2 dengan kesihatan terutama budak2.

Esok kawan2 saya akan membuat pemantauan di kawasan Taman Sri Gombak dan kawasan2 yang berhampiran, minta kerjasama semua Sahabat2 untuk melakukan pemantauan produk tersebut. Esok saya akan cari balik penjual makan tersebut dan kalau saya dapati bahawa beliau masih menjual barang tersebut? masa tu dia tahu lah langit tinggi rendah.

Saya bukan seorang samseng ataupun gangster, saya hanya seorang bapa yang sangat mencintai anak2 saya dan saya terpaksa mengambil tindakan keatas penjual makanan yang boleh membahayakan kesihatan anak2 kita. Lagipun saya risau pihak berkuasa lambat mengambil tindakan dan dalam masa tersebut anak orang lain pula yang jadi mangsa.

PS: Terdapat pelbagai jenis makan yang berlainan dalam kotak berasingan, bukan hanya jenis makanan yang terdapat di gambar yang saya post diatas, setiap kali saya beli terdapat jenis makanan yang berbeza. Harga rm1.50. Lagipun dah nyata bahawa pembekal makanan tersebut telah melanggar peraturan hak cipta di mana mereka menggunakan nama2 yang telah dicopyright seperti Ben 10, Spiderman, Boboiboy, Ninjago dan Lain-lain. Harap maklum…

Sumber : Salahuddin Haris

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra