Siakap Keli

Asyik Duduk Rumah Je, Ini Lokasi Cadangan Wajib Ibu Bapa Bawa Anak-Anak ‘Enjoy’ Sempena Hujung Minggu

Dah lama nak luangkan masa bersama keluarga, tapi tak pernah nak ada kesempatan. Kesian anak-anak asyik duduk di rumah sahaja ketika hujung minggu. Mereka pun nak berseronok selepas bertungkus-lumus di sekolah. Apa salahnya kalau ‘reward’ mereka sikit dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.

Inilah peluang terbaik anda untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil menzahirkan semangat kemerdekaan dalam diri anda dan keluarga. LBS akan menganjurkan Merdeka Fun Fiesta yang pasti akan mengujakan anda dan seisi keluarga.

Apa yang menarik, pesta ini akan diadakan selama dua hari. Berikut merupakan butir-butir mengenai Merdeka Fun Fiesta yang bakal diadakan:

Program: Merdeka Fun Fiesta

Tarikh & Tempat : 7 & 8 September 2019 di Galeri Jualan LBS Alam Perdana, Puncak Alam, Selangor

Masa : 10 pagi hingga 5 petang

Anda mesti dah tak sabar kan nak pergi? Tapi, lebih baik untuk anda bawa keluarga dan rakan-rakan anda kerana di sana dianjurkan pelbagai aktiviti yang sesuai dimainkan dalam kumpulan dan pastinya dapat menghiburkan kanak-kanak.

Berhibur bersama kumpulan akustik jemputan

Anda sukakan hiburan dan mahukan persembahan secara ‘live’ di depan mata? Inilah peluang anda nikmati persembahan muzik bersama kumpulan akustik yang pastinya akan memeriahkan suasana.

Di samping menikmati hiburan daripada kedua-dua kumpulan akustik ini, anda juga boleh sertai pelbagai jenis permainan yang akan disediakan. Terdapat 10 jenis permainan untuk anak-anak anda sudah pastinya ianya menyeronokkan.

Antara permainan yang akan dianjurkan ialah seperti permainan Teng-Teng, Ular dan Tangga Gergasi, Jenga Gergasi, ‘Connect 4’, papan meja karom dan pelbagai permainan tradisional. Kebanyakan permainan yang akan dianjurkan melibatkan aktiviti berkumpulan dan ini pastinya dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak.

Acara ini juga menyediakan permainan untuk orang dewasa seperti permainan karom. Main bersama-sama rakan dan pamerkan bakat terpendam anda dalam permainan tersebut.

Anda juga tidak perlu khuatir untuk mencari makanan ketika mengunjungi pesta tersebut. Terdapat kendera saji yang akan berada di sana bagi menyajikan pelbagai jenis makanan yang memenuhi selera anda!

Peluang memenangi hadiah cabutan bertuah

Selain berhibur dan meluangkan masa bersama keluarga, anda juga berpeluang menangi pelbagai hadiah peralatan elektrik menerusi cabutan bertuah.

Sertai peraduan “Comment & Win!” di FB LBS Bina Group di mana anda perlu menulis ‘I Love LBS Merdeka Fun Fiesta’ di ruangan komen dan tag 3 rakan anda. Hadir ke acara dan daftarkan maklumat peribadi anda untuk sertai cabutan bertuah.

Selain itu, anda juga boleh sertai peraduan “Selfie & Win” dengan cara mengambil selfie di lokasi Merdeka Fun Fiesta dan tag lokasi acara tersebut, muat naik gambar anda di laman media social anda, tunjukkan pos itu kepada staf LBS dan daftarkan diri untuk cabutan bertuah.

Ini hanyalah sebahagian aktiviti yang kami kongsikan kepada anda. Pelbagai aktiviti menarik yang pastinya akan membuat anda teruja. Tunggu apa lagi, ajak keluarga dan rakan-rakan anda hadiri acara ini sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari FB rasmi LBS Bina Group dan  laman web lbs.com.my untuk ketahui tentang Merdeka Fun Fiesta di Alam Perdana dengan lebih lanjut.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa