Siakap Keli
Foto: The Weekend Leader

Bukan Hanya Handal Di Gelanggang, Pemain Ping Pong Ini Bergelar Pelajar PhD Termuda Di Asia

Naina Jaiswal, seorang gadis dari India ini mungkin boleh dikatakan antara wanita yang mengagumkan di dunia.

Ini kerana, beliau ketika ini bergelar pelajar PhD termuda di Asia di Universiti Adikavi Nannaya, Rajahmundry, India.

Rekod pelajaran Naina memang amat cemerlang. Beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pada usia 13 tahun, memperoleh ijazah pada umur 16 sebelum mula mengejar PhD pada usia 17 tahun kira-kira dua tahun lalu.

Ibu dan bapanya ternyata bangga dengan apa yang dicapai oleh anak gadis mereka terutamanya selepas Naina hanya diajar di rumah oleh ibunya selama lima tahun.

Tidak cukup dengan kecemerlangan akademik, anak gadis berusia 19 tahun ini juga adalah merupakan seorang pemain ping pong kebangsaan India.

Foto: The Hans India

Apa yang menakjubkan, beliau pernah memenangi beberapa kejuaraan baik di peringkat kebangsaan mahupun diperingkat antarabangsa.

Tambahan pula, Naina turut mempunyai beberapa bakat lain antaranya pandai memasak, bermain piano, menyanyi serta mampu menulis menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Ketika ditanya mengenai impiannya hari ini, beliau memberitahu mahu mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Sumber: The Youth, The Weekend Leader

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.