Siakap Keli

Bukan Suara Je Sedap, Pandai Berniaga Pula, Ini Rahsia Kejayaan Datuk Siti

Siapa je taknak jadi macam Datuk Siti? Buat apa je mesti menjadi. Bestkan?

Bila ditanya kepada Datuk Siti, apa rahsia di sebalik kejayaannya, dia jawab 3 benda ni je. Katanya:

“Untuk berjaya seseorang perlu berpegang teguh kepada tiga asas, iaitu berkerja keras, berani dan ikhlas.”

“Malah, kejayaan Siti hari ini juga dibantu pasukan kerja yang baik, iaitu keluarga Siti sendiri yang sentiasa menyokong dan merestui bidang yang Siti ceburi,”

“Kejayaan perlu disulami dengan pengorbanan. Justeru, Siti juga terpaksa berkorban dengan melupakan keseronokan zaman remaja untuk memberi tumpuan penuh terhadap kerjaya,”

Tengok, bukan senang nak senang tau!

Kalau korang nak tanya lebih lagi, korang boleh jumpa sendiri Datuk Siti kat Minggu Usahawan Nasional 2019 ni.

Kat sini nanti bukan ada Datuk Siti je, tapi korang boleh jumpa ramai lagi artis. Ada konsert lagituh, memang happening giler gais!

Ramai Artis Yang Datang Untuk Hiburkan Korang, yay

Ada Ramlah Ram, Floor 88, Baby Shima, Wany Hasrita, Tajul, Elizabeth Tan, Kugiran Masdo, Hael Husaini, Ernie Zakri, Luqman Faiz, Fieya Julia dan ramai lagi. 

Minggu Usahawan Negara 2019 (MUN2019) ni akan berlangsung hari ini (29 Ogos) hingga 1 September 2019 di MAEPS, Serdang, Selangor tau. 

So jom datang sini ramai- ramai untuk support, sebab ada lebih 3,000 usahawan tempatan yang join MUN2019 ni dan dijangka seramai 50,000 pengunjung  akan datang.

Bukan tu je, artis pun akan datang bukak booth kat sini. Amy Saerch dengan Datuk Siti pun ada sekali meniaga. Rugi tau tak datang sini, mana tahu boleh dapat banyak diskaun, hihi.

Opps, bukan tu saja, bagi menghormati sambutan Maal Hijrah, aktiviti keagamaan pun akan diadakan di sini. 

Dai Fuad dan PU Amin akan datang untuk berkongsi tentang Maal Hijrah dan ada jugak persembahan Nasyid daripada Kumpulan Fattabiouni. 

Untuk yang nak bawak anak kecil, jangan risau sebab kat sini pun ada Kids Zone

Ada banyak games tau, ada Giant snake & Ladder, Electric Car Unit, Giant jegga, PS4 dan Beyblade. 

Anak kecik korang mesti akan tambah excited bila tahu si Badut, Ejen Ali, Pikachu, Baby Shark, Bumble Bee, Ironman, Spiderman dan Troopers pun akan datang. 

Entah-entah dengan korang pun excited kan? Haha.

By the way, untuk korang yang suka atau nak share kehebatan korang memasak. Korang boleh join pertandingan memasak.

Tapi kat sini rare sikit sebab korang akan masak daging arnab. Haa, masa ni lah nak tunjukkan skill korang tu.

Chef Selebriti negara, Dato’ Dr. Fadzley Yaakob turut akan mengadakan demonstrasi masakan menggunakan produk halal buatan tempatan.

Calling for Malaysian Runners

Ni nak bagitahu ni, Bank Rakyat akan anjurkan Rakyat Run 2.0 kat Minggu Usahawan Nasional 2019 ni. 

Larian ni akan diadakan pada 1 September 2019 yang melibatkan dua kategori iaitu larian sejauh 3.5 kilometer dan 7 kilometer. 

Paling best ada hadiah wang tunai yang menanti korang tau.

Kategori 3.5 Kilometer:

  • Pertama –  RM300
  • Kedua –  RM200
  • Ketiga –  RM100

Kategori 7 Kilometer:

  • Pertama –  RM1,000
  • Kedua –  RM700
  • Ketiga –  RM500

Apa tunggu lagi? Jangan lupa datang hari ni tau! Ada ramai selebriti famous dan pelbagai aktiviti super menarik kat sana.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati Facebook Official MED Malaysia atau laman web rasmi MED Malaysia.

Jumpa korang kat sana!

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.