Siakap Keli
Foto: AccuWeather

Gempa Bumi Kuat Landa Jepun Awal Pagi Tadi, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

Perairan berhampiran Hachihone, Jepun baru sahaja digegar gempa bumi pada kekuatan 6.1 skala Ritcher beberapa jam yang lepas.

Gegaran itu berpusat ditengah lautan, 141 kilometer dari kawasan Hachihone pada kedalaman 10 kilometer namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Ini adalah kali kedua negara matahari terbit itu dilanda gempa bumi pada kekuatan 6 skala Ritcher.

Pada 4 Ogos lalu, gempa dengan kekuatan 6.2 skala Ritcher telah melanda berhampiran pesisiran pantai wilayah Fukushima pada kedalaman 50 kilometer.

Sehingga kini, laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa belum dikeluarkan setakat ini.

Sumber: AccuWeather

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.