Siakap Keli
Gambar kanan sekadar hiasan

”Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak,” Wanita Kongsi Teknik ‘Timeout’ Berhasil Untuk ‘Sekolahkan’ Anak Degil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kanak-kanak sememangnya mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka. Jadi, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak di awal usia. Sekiranya perbuatan yang salah dibiarkan, ianya boleh membawa kepada keperibadian dan akhlak yang buruk apabila mereka dewasa kelak.

Salah satu cara mendidik anak, adalah dengan menggunakan kaedah ‘timeout’ iaitu mengasingkan anak di satu ruang yang telah kita tetapkan selama beberapa minit. Bagi ibu bapa yang masih belum mengetahui, mungkin boleh mencubanya seperti perkongsian oleh seorang ibu ini. Semoga bermanfaat.

TIME OUT! Dia dapat 5 minit ‘timeout’ dengan berdiri berhadapan dinding, diam dan tidak boleh menyentuh apa-apa.

Dia tendang saya

Dia menendang saya. Saya terkejut kerana dia tidak pernah berbuat seperti itu sebelum ini. Kemudian, saya ingat di mana dia ditendang oleh seorang budak semalam. Jadi sekarang dia memperlakukan perkara yang sama kepada saya. Saya masih lagi terkejut.

Ibu bapa, tolong berhenti ‘lindungi’ anak

Ibu bapa, tolong berhenti ‘lindungi’ anak dengan tidak boleh menerima apabila ada ibu bapa lain yang menegur anak anda. SILA STOP SENTAP NAK MEMBESARKAN BUDAK! Apa yang anak korang lakukan kepada anak saya adalah salah! Jadi, saya mempunyai segala hak untuk memberitahu korang bagaimana caranya untuk mendidik anak.

Latih anak dengan ‘hukuman’ timeout

Tolong latih anak korang dengan ‘hukuman’ ‘timeout sebegini. Minta mereka untuk duduk berhadapan dinding, berdiri dan beritahu kesalahan mereka sementara mereka berada dalam ‘timeout’. Beritahu mereka korang mahu mereka berfikir apa yang mereka lakukan adalah salah.

BUT PLEASE!!! Jangan sebab kau sentap mak orang lain marah kau, kau pergi cubit, pukul, and jerit kat anak kau. WHAT THE HELL IS THAT? Mana anak kau tak ganas.

Selepas habis ‘timeout’, tolong ajar anak anda untuk ucap maaf di atas perbuatan mereka dan berikan pelukan. Puji mereka kerana menjadi anak yang baik. Doa kat dia dalam hati untuk jadi baik sampai ke mati. Please do parenting properly. Anak kau tu takda ganti. Sekian.

Sumber : Meyra Faizal

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra