Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jepun Arah 240,000 Penduduk Berpindah Akibat Hujan Lebat

Kawasan barat daya Jepun dilanda serangan hujan lebat pada pagi Rabu. Jabatan Metereologi  Jepun mengeluarkan amaran tahap maksimum terhadap banjir dan juga tanah runtuh.

Amaran tersebut meliputi Fukuoka, Saga dan Nagasaki di utara Kyushu. Jabatan itu memberitahu bahawa, mereka meramalkan hujan kuat dari barat ke bahagian utara negara Jepun kerana sistem tekanan atmosfera yang rendah bergerak di timur laut.

Pihak berkuasa di tiga kawasan itu mengeluarkan perintah berpindah kepada sejumlah 240, 000 orang di sekitar 98, 000 isi rumah pada 6 pagi Rabu.

Polis berkata, “Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas ditemui di sebuah rumah kecil yang telah dihanyutkan oleh banjir di bandar Takeo, Saga.”

Keadaan cuaca yang tidak baik di Jepun ini juga menyebabkan gangguan laluan pengangkutan awam.

Sumber: JapanTimes

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.