Gambar sekadar hiasan

Nasihat Ribut Tropika Masih Dikeluarkan Bagi Perairan Sabah

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu petang tadi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika berkenaan sedang bergerak ke arah barat Sabah dengan kelajuan maksimum sehingga 83 kilometer (km) sejam.

Berdasarkan pencerapan pada pukul 5 petang tadi, ribut tropika itu kini berada pada kedudukan kira-kira 513 km ke tenggara Hanoi, Vietnam.

Bacaan cerapan terbaharu turut menunjukan kedudukan terkini ribut itu berada kira-kira 1,451 km  dari barat laut Kudat, Sabah berbanding 1,305 km pada bacaan cerapan 8 pagi tadi.

“Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah,” menurut kenyataan itu.

Sumber ; Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Tambah komen

Dari Wiser.my