Siakap Keli
Gambar: milatgazetesi.com

“Pekerjaan Saya Di Bumi Dah Selesai,” Siap Gali Kubur Sebelah Kubur Ibu, Tak Sabar Menanti Mati

Seorang lelaki di India telah membelanjakan sebanyak RM1,468 (Rp 25000) untuk proses menggali kuburnya sendiri. Lelaki berkenaan yang tinggal di Barauli di daerah Gopalganj melakukan perkara tersebut kerana khuatir ahli keluarganya tidak menunaikan hasratnya untuk disemadikan disebelah kubur ibunya.

Tambahnya lagi, urusannya di dunia telah selesai dan kini dia bersungguh-sungguh menantikan saat kematian.

Pekerjaan saya di Bumi ini telah selesai. Kini, saya bersungguh-sungguh menunggu panggilan Allah.

Lelaki yang bernama Manzoor Hassan itu menghabiskan sebahagian masanya untuk menjaga dan memastikan kuburnya berada di dalam keadaan yang baik. Tambahan lagi, dia juga turut menunaikan solat di sebelah kubur konkrit yang digalinya itu.

Gambar: 7 detik

Menurutnya, dia sangat menyayangi ibunya dan berharap dapat berehat berdekatan ibunya walaupun sudah meninggal dunia.

Saya terlalu sayang ibu saya. Saya jarang keluar dari kawasan ini supaya tidak meninggalkan ibu saya. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1999, saya mengebumikannya berhampiran rumah saya supaya saya dapat kekal dekat dengannya.

Disebalik keinginan aneh lelaki berkenaan, Hassan yang bekerja sebagai seorang petani itu dikenali sebagai seorang yang berperibadi mulia berikutan telah melakukan pelbagai kerja sosial yang bermanfaat kepada penduduk setempat. Sebelum ini, dia pernah membina madrasah (masjid) dan sekolah untuk kanak-kanak dengan menggunakan wangnya sendiri.

Sumber: Gulf News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra