Siakap Keli
Foto: Now News

Pelik, Challenge Baru Sumbat Boba Dalam Hidung Jadi Kegilaan Terkini Remaja Jepun

Membuat cabaran atau ‘challenge’ sudah menjadi kebiasaan dalam zaman Internet ketika ini. Antara cabaran yang popular sebelum ini ialah Mannequin Challenge, Ice Bucket Challenge dan Bottle Cap Challenge.

Baru-baru ini timbul pula satu lagi cabaran pelik di arena Internet iaitu “Boba Nostrils Challenge”. Cabaran ini memerlukan peserta untuk memasukkan jeli boba ke lubang hidung dan mengambil selfie.

Foto: Now News

Cabaran ini dikatakan bermula di Jepun dan semakin menular di seluruh dunia ketika ini.

Untuk berjaya dalam cabaran ini, peserta perlu mengawal jeli ini di lubang hidung daripada terjatuh menggunakan pernafasan.

Ramai yang berpendapat bahawa cabaran ini agak menjijikkan dan jeli itu lebih elok dimakan daripada melakukan cabaran ini.

Foto: Now News

Malah, ada juga yang mengatakan cabaran ini adalah merbahaya kerana peserta tidak mustahil boleh tersedut boba itu masuk ke dalam rongga hidung seterusnya boleh memberi kesan yang buruk pada penafasan.

Oleh sebab itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan cabaran ini, teguk serta nikmati sahaja semua jeli ini sehingga habis dan jangan bazirkannya untuk cabaran sebegini.

Sumber: Jatim Times, Now News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.