Siakap Keli
Foto: France 24

Pergaduhan Ahli Kumpulan Kongsi Gelap Di Kelab Malam, 26 Orang Maut

Satu pergaduhan melibatkan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap telah berlaku di sebuah bar dekat Coatzacoalcos, Mexico baru-baru ini menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang maut.

Mangsa yang meninggal dunia dikatakan terdiri daripada 15 orang lelaki dan lapan wanita, manakala 13 orang yang lain cedera.

Punca kejadian ini telah disahkan sendiri oleh Gabenor Veracruz, Cuitlahuac García melalui satu kiriman di akaun Twitter-nya.

Dalam pada itu, satu video telah menjadi tular di media sosial di mana ia memaparkan seorang lelaki tempatan, dipercayai pemilik bar telah dipenggal kepalanya.

Serangan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati penyerang atas aktiviti penjualan dadah tanpa kebenaran mereka di dalam bar berkenaan.

“Penyerang masuk ke dalam bar sebelum menutup pintu utama dan kecemasan, seterusnya membakar kawasan kejadian,”kata Presiden Andrés Manuel López Obrador dalam sidang medianya.

Tambahan pula, ada laporan yang mendakwa penyerang telah melepaskan tembakan di dalam bar tersebut sebelum membakarnya menggunakan molotov cocktail.

“Ia adalah serangan terancang, baik terhadap bar itu mahupun terhadap individu yang berada di dalam bar berkenaan,”tambah García lagi.

Sumber: Time, NY Times

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.