Lelaki yang dikenali sebagai Saiful Bahari Abdul Aziz, 41, adalah saksi penting kes yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan itu, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan Undang-Undang di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai atau mengenali penama berkenaan diminta menghubungi Insp Wan Ahmad Zakiman Wan Ismail di talian 013-7117025,” katanya dalam kenyataan hari ini.
April lepas, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Saiful Bahari, adalah saksi penting berhubung kehilangan seorang aktivis sosial Amri Che Mat, yang dilapor hilang pada November 2016.
Sumber: BERNAMA