Siakap Keli
Gambar: Taste of Home

Selalu Tak Puas Hati Sebab Angin Je Lebih, Ini Sebab Kenapa Keropok Tak Diisi Penuh

Apabila berbicara mengenai keropok yang anda beli daripada kedai ataupun pasaraya, sesuatu yang mengecewakan adalah kandungan keropok itu yang tidak penuh di dalam sesuatu bungkusan. Malah, ianya hanya terdapat separuh keropok dan lain daripada itu hanyalah angin yang mengisi ruang di dalam bungkusan.

Kebanyakan orang gemar menyalahkan pihak pengeluar dengan dakwaan kandungan keropok yang tidak penuh itu merupakan strategi pemasaran untuk mengaut keuntungan dengan lebih mudah. Walaupun ianya boleh diterima logik, namun tujuan sesuatu bungkusan keropok tidak diisi dengan penuh adalah lebih daripada itu.

Gambar: Mental Floss

Melindungi produk halus

Seperti yang sedia maklum, keropok mahupun snek yang dijual merupakan satu produk yang mudah rosak kerana sifatnya yang halus dan rapuh. Oleh itu, bungkusan keropok sengaja dibiarkan separuh kosong untuk melindungi kualiti produk keropok tersebut daripada rosak ketika proses penghantaran.

Strategi ini dikenali sebagai ‘Slack fill” iaitu pilihan yang disengajakan oleh pengeluar makanan ringan untuk melindungi produk mereka yang halus daripada kerosakan akibat pengendalian yang kasar seperti semasa proses penghantaran. Ruangan yang kosong itu juga boleh diumpamakan seperti ‘kusyen’ yang mampu mengurangkan kerosakan seperti keropok patah dan hancur.

Gambar: Business Insider

Mengandungi nitrogen

Apa yang anda perlu tahu ialah kandungan udara di dalam bungkusan juga sangat penting bagi mengekalkan kualiti produk makanan ringan itu. Ianya bukan sekadar udara biasa, namun merupakan nitrogen yang membantu makanan ringan seperti keropok untuk terus segar dan rapuh di dalam bungkusan. Perkara ini bertentangan dengan udara oksigen yang boleh menyebabkan kerosakan kepada keropok khususnya kerepek kentang yang akan menjadi basah dan lembik.

Gambar: Taste of Home

Jadi, selepas ini anda sudah tidak perlu kecewa setiap kali membuka bungkusan dan mendapati terdapat hanya separuh keropok di dalamnya. Sungguhpun, ruangan kosong yang terdapat di dalam bungkusan makanan ringan itu membantu untuk mengekalkan kualiti produk makanan tersebut.

Sumber: theuijunkie.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra