Sebuah kemalangan melibatkan lori treler dan sebuah kereta telah berlaku di Lebuhraya PLUS Km 256.1 arah utara dari Terowong ke Kuala Kangsar tengahari tadi.
Kemalangan itu telah menyebabkan lori treler berkenaan menutup kesemua lorong dijalan berkenaan dan menyebabkan kesesakan yang serius.
Pada peringkat awal sejurus berlakunya kemalangan, trafik menuju ke arah utara telah terhenti sepenuhnya.
12:58hrs Status terkini kemalangan, lokasi tepat di Km 256.1 arah Utara dari Terowong ke R&R Sungai Perak (U) melibatkan lori terbalik. Semua lorong terhalang & trafik terhenti. Harap maklum.@LLMinfotrafik https://t.co/nx9fAuPpQN
— plusline1800880000 (@plustrafik) August 29, 2019


Menurut kemaskini terbaru pihak PLUS menerusi akaun Twitter rasmi mereka, trafik ke arah utara kini sudah mula bergerak namun masih lagi mengalami kesesakan sepanjang 8km.
14:49hrs Status terkini: Kemalangan Km 256.1 arah Utara dari Terowong ke Kuala Kangsar. Laluan kontra masih dibuka. Trafik arah Utara masih sesak 8km dan arah Selatan perlahan 2km. Awasi jarak selamat kenderaan anda.@LLMinfotrafik https://t.co/9giRbC2GZY
— plusline1800880000 (@plustrafik) August 29, 2019
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai jumlah dan keadaan mangsa yang terlibat setakat ini.
Bagi anda yang sedang berada atau menuju ke kawasan kemalangan yang dinyatakan, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dan menjaga jarak antara kenderaan anda dengan kenderaan lain.
Sumber: Twitter @plustrafik