Siakap Keli
Foto: Info Kemalangan & Bencana Malaysia

TERKINI: Kemalangan Maut Di Lebuhraya PLUS, Terowong Ke Kuala Kangsar, Trafik Sesak Sehingga 8KM

Sebuah kemalangan melibatkan lori treler dan sebuah kereta telah berlaku di Lebuhraya PLUS Km 256.1 arah utara dari Terowong ke Kuala Kangsar tengahari tadi.

Kemalangan itu telah menyebabkan lori treler berkenaan menutup kesemua lorong dijalan berkenaan dan menyebabkan kesesakan yang serius.

Pada peringkat awal sejurus berlakunya kemalangan, trafik menuju ke arah utara telah terhenti sepenuhnya.

Foto: Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Foto: Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Menurut kemaskini terbaru pihak PLUS menerusi akaun Twitter rasmi mereka, trafik ke arah utara kini sudah mula bergerak namun masih lagi mengalami kesesakan sepanjang 8km.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai jumlah dan keadaan mangsa yang terlibat setakat ini.

Bagi anda yang sedang berada atau menuju ke kawasan kemalangan yang dinyatakan, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dan menjaga jarak antara kenderaan anda dengan kenderaan lain.

Sumber: Twitter @plustrafik

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi