Siakap Keli

(Video) Aneh, Lebah Bersarang Di Punggung Lelaki Cetus Rasa ‘Geli’ Netizen

Aneh. Itu apa yang dapat digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang lelaki dari Timur India baru-baru ini apabila dia dikerumuni oleh sekumpulan lebah.

Lebih menarik perhatian, menerusi video yang tular di media sosial, lebah berkenaan dilihat membuat sarang pada bahagian punggung lelaki terbabit selepas ratu lebah dikatakan terbang ke arahnya.

Lelaki itu yang dikenali dengan nama Velelhu, 25, dilihat sedang berdiri pada tangga sambil lebah-lebah terbabit berkerumun membentuk satu bulatan di bahagian punggungnya.

Setelah cuba berusaha melepaskan diri, dia kemudian berjaya menangkap ratu lebah dan mengoyakkan sayap serangga itu sebelum meletakkan ke dalam sebuah balang. Sejurus itu, lebah-lebah lain juga beredar dan tidak lagi mengerumuninya.

Kejadian yang dianggap sebagai ‘fenomena’ yang jarang berlaku oleh netizen ini ternyata menimbulkan rasa ‘geli’ ramai. Tonton video di bawah, mana tahu selepas melihatnya bulu roma anda juga rasa meremang!

Sumber : newsflare

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra