Siakap Keli

(Video) Gabenor Isytihar Darurat, Taufan Paling Dasyat Dalam Tempoh 30 Tahun Diramal ‘Serang’ Florida

Taufan Dorian dijangkakan bakal menjadi ribut terdasyat dan berbahaya yang ‘menyerang’ Florida dalam tempoh 3 dekad ini.

Menurut Pusat Taufan Nasional, malam tadi taufan ini telah pun melanda Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.

Jurucakap meteorologi Fox, Glenn Richards berkata:

“Ini akan menjadi taufan terkuat yang bakal ‘menghentam’ Florida dalam tempoh hampir 30 tahun. Tiupan angin yang begitu kuat dijangkakan bakal mempengaruhi pergerakkan badai tersebut.

Dorian dalam kategori 1 dengan kekuatan angin 75- 80 mph melanda di utara-barat laut San Juan, Puerto Rico, ia kemudian bergerak ke arah barat laut pada 13 kilometer sejam.

Oleh itu, malam tadi Gabenor Florida Ron DeSantis telah mengisytiharkan darurat.

“Hari ini, saya mengumumkan darurat untuk memastikan Florida bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Taufan Dorian”

“Ini juga untuk memastikan seluruh penduduk florida mempunyai bekalan yang mencukupi  untuk tujuh hari, termasuk makanan, air dan ubat-ubatan.”

Malah Presiden Amerika Syarikat turut memuatnaik ciapan di laman twitternya dengan menyatakan bahawa bahawa pihaknya telah mengesan akan kehadiran taufan berkenaan yang menuju ke Puerto Rico.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=DPLVN1dc2AY?start=27]

Sumber: Orlando Sentinel

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)