Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2019 (Floria Diraja Putrajaya 2019) yang akan bermula esok sehingga 8 September. Pada majlis itu, baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut merasmikan koleksi orkid hibrid baharu yang dinamakan Vanda Queen Azizah Iskandar sempena nama Tunku Azizah.
Namun, apa yang menarik di dalam majlis itu adalah gelagat pasangan Diraja itu yang jalan berpimpin tangan sambil disaksikan oleh tetamu-tetamu yang lain. Rakaman manis itu turut dikongsikan oleh Tunku Permaisuri menerusi laman Twitter miliknya.
— azizah iskandar (@cheminahsayang) August 30, 2019
https://platform.twitter.com/widgets.js
Melalui perkongsian rakaman tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira malah turut ada yang mengatakan mengenai kecomelan pasangan itu.
“Dalam gambar pun comel”
“Alahai comel sangat ni Tuanku”
“Rasa nak pergi cari pasangan terus nak tiru merpati dua sejoli Tuanku berdua”
Sumber: Azizah Iskandar