Siakap Keli
Gambar Hiasan

Individu Yang Gemar Guna Emoji Akan Lebih Berjaya Dalam Dunia Percintaan – Kajian

Jika dulu ramai yang akan menggunakan aksara panjang untuk meluahkan perasaan atau menyatakan sesuatu ketika menggunakan khidmat pesanan ringkas. Kini seiring dengan kecanggihan teknologi, terdapat banyak aplikasi percuma seperti Whatsapp mahupun Wechat yang menjadi medium utama untuk berhubung.

Malah anda dah tak perlu memenatkan diri dengan menaip sesuatu yang panjang. Dengan adanya imej atau ikon emosi yang kerap kali digelar sebagai emoji, yang anda perlukan adalah satu klik sahaja. Dan penerima sudah dapat meneka perasaan serta apa yang anda hendak sampaikan kepadanya.

Ya, semudah itu!

Gambar Hiasan

Tapi mungkin ramai yang masih tak tahu yang kajian dah buktikan bahawa emoji ni juga ‘tergolong sebagai bahasa cinta’ kan? Satu kajian terbaru menemui kaitan diantara penggunaan emoji dalam ‘membantu’ serta memudahkan seseorang itu untuk mendapatkan pasangan.

Para pengkaji di The Kinsey Institute telah melakukan survey (penelitian) kepada lebih dari 5,000 orang tentang penggunaan emoji dan pengalaman romantis mereka. Mereka mendapati bahawa individu yang kerapkali menggunakan emoji akan lebih berpotensi untuk mendapatkan kekasih.

“Penemuan kami menerangkan bagaimana penggunaan emoji akan membawa sesebuah hubungan pergi itu lebih jauh. Penyelidikan ini juga membuktikan bahawa emoji dapat menyampaikan sesuatu maklumat itu dengan lebih efektif.”

Tinjauan yang dilakukan itu melibatkan individu di Amerika Syarikat yang berusia di antara 18 hingg 94 tahun. Penyelidik juga mendapati bahawa mereka yang menggunakan emoji akan lebih cenderung untuk berjaya dalam dunia percintaan.

Sumber: Mirror.co.uk 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)