Siakap Keli
Gambar Hiasan

Isteri Tak Mandi Tiga Hari Sebab Suami Tak Mahu Tolong Jaga Anak, Wanita Luah Masalah Di Media Sosial

Seorang wanita bergelar ibu terpaksa meminta nasihat daripada warga maya berhubung masalah yang dihadapi di mana suaminya enggan membatu menjaga anak mereka, menurut Daily Star.

Menurut wanita berkenaan, disebabkan sikap suaminya itu, dia mendapati dirinya tiada masa untuk menjaga kebersihan diri sendiri termasuklah untuk mandi.

Wanita berkenaan turut berkongsi bahawa dia sudahpun tidak mandi untuk tempoh tiga hari. Bagaimanapun pendedahan wanita berkenaan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Ibu tersebut dalam penjelasannya berkata mereka sekeluarga ketika ini menumpang di rumah ibu bapa wanita itu buat sementara waktu sebelum berpindah ke rumah baru mereka sendiri secara tetap.

”Kebiasaanya saya membiarkan anak saya bermain di ruang tamu dan saya akan mandi dalam keadaan pintu bilik mandi terbuka di rumah sendiri.

”Namun begitu, di rumah ibu bapa saya, kami mempunyai keluarga yang besar dan merasakan ia tidak sesuai untuk saya mandi dalam keadaan pintu bilik air terbuka,” katanya.

Bagi wanita itu, sudah menjadi perkara normal untuk mana-mana suami isteri meminta pasangan sendiri menjaga anak mereka sekiranya mahu melakukan sesuatu.

Namun perkara tersebut tidak berlaku dalam perhubunganya.

”Saya hanya mandi sekali dalam tempoh tiga hari dan ia amat tidak menyelesakan. Saya meminta ahli keluarga saya melihatnya seketika dan mereka sudi membantu.

”Saya berterima kasih pada mereka tetapi saya tidak mahu menyusahkan mereka selalu kerana saya faham mereka juga sibuk dengan urusan masing-masing,” menurutnya lagi.

Katanya, suaminya sering kali tidak menyahut permintaanya setipa kali dia meminta untuk melihat anak mereka seketika.

”Apabila saya berkata ”saya mahu mandi dahulu, tengok anak”, dia tak menyahut. Kalau saya kata ”saya mandi kemudian selepas kamu”, dia tetap tidak berkata apa-apa, apa boleh buat? Saya hanya mampu menunggu.”

Pendedahan yang dibuat di laman Reddit itu mendapat perhatian netizen yang turut menyatakan kekesalan dengan sikap ditunjukkan oleh suami wanita berkenaan.

Sumber: Dailystar

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.