Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kajian Buktikan Lelaki Botak Lebih ‘Superior’, Berjaya Dan Bijak

Mungkin ada segelintir yang sensitif bila berbicara mengenai rambut. Walaubagaimanapun, kajian terkini mendapati bahawa lelaki yang botak sering terlihat sebagai lebih yakin, pintar, dan dominan.

Satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Frank Muscarella dari Barry University menjelaskan bahawa lelaki botak dianggap sebagai lebih dominan dari segi sosial berbanding lelaki lain.

Para penyelidik menyatakan meskipun lelaki yang mempunyai rambut kelihatan menarik namun lelaki botak sebenarnya lebih cenderung dianggap sebagai seseorang yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi. Golongan ini juga didakwa lebih dominan dan superior.

Semasa penyelidikan itu berlangsung, Dr. Frank Muscarella meminta satu kumpulan untuk menilai beberapa orang lelaki (peserta) mengikut 4 kriteria iaitu daya tarikan, keagresifan, pengertian, dan kematangan.

Gambar Hiasan

Kumpulan tadi ditunjukkan gambar-gambar lelaki yang mempunyai rambut. Kemudian mereka ditunjukkan pula dengan gambar lelaki yang sama namun dalam keadaan tidak berambut dan hasilnya ramai yang bersetuju bahawa imej tidak berambut itu kelihatan lebih jujur, pintar, dan maskulin.

Penemuan Dr. Frank Muscarella itu turut disokong oleh penyelidikan yang dijalankan di University of Pennsylvania oleh seorang Ahli psikologi Albert E. Mannes yang membuktikan bahawa orang ramai lebi cenderung melihat lelaki botak sebagai entiti yang lebih stabil, dominan dan berjaya.

Bukan sahaja dianggap seksi tetapi penampilan yang begitu membuat golongan ini kelihatan bijak. Perkara ini juga dibuktikan oleh Penyelidik dari Universiti Saarland yang telah menganalisis data berdasarkan pendapat dari 20,000 orang.

Sumber: Brightside

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)