Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Facebook/MakeUsOf)

Kewangan Tak Cun, Nak Berbelanja Pun ‘Sempit’ Selalu, Perunding Kewangan Minta Anak Muda Renung 17 Perkara Ni

Mempunyai status kewangan yang kukuh sudah semestinya menjadi idaman setiap individu hari ini. Akan tetapi, masih ramai di antara kita yang berpendapat bahawa mempunyai masalah kewangan pada usia muda adalah normal dan akan beransur pulih apabila kita meningkat dewasa.

Kenyataan itu boleh dianggap tidak benar dan juga tidak salah. Ia memang berlaku namun ia juga boleh dielakkan sekiranya kita mempunyai ilmu mengenai cara dan teknik yang betul untuk menguruskan kewangan kita walaupun pada usia muda.

Perkara inilah yang cuba dikongsikan oleh pakar perunding kewangan dan hartanah, Harith Faisal melalui akaun Facebook-nya baru-baru ini.

Selalu sangat saya terima ramainya orang tanya tentang macam mana nak mula jaga kewangan, apa langkah pertama untuk beli rumah muda. Cuba ikut cara ni;

1. Dulu masa nak beli rumah pertama, kami suami isteri simpan lebih 30% daripada gaji kami. Masuk dalam tabung modal. Kadang-kadang dapat simpan lebih.

2. Masa tu manalah ada orang nak share tip, sila simpan 10% gaji ke, sila simpan 50% gaji ke. Ikut logik sendiri je. Nak beli rumah, kena simpan duit untuk jadi modal.

3. Banyak tip simpan duit yang kita baca akan dibuat dalam bentuk peratus %. Apa yang kita boleh faham adalah, makin tinggi gaji, makin besarlah simpanan kita.

4. Contoh, orang yang bergaji RM3,000 kalau simpan 30% gaji sama dengan RM900. Orang bergaji RM10,000 pula, kalau dia simpan 30% gaji akan dapat RM3,000.

5. Tapi kalau dia yang bergaji RM10,000 boleh hidup dengan belanja RM4,000 je sebulan, maka dia pasti boleh simpan RM6,000 iaitu 60% daripada gaji dia tu.

Gambar Hiasan(Foto: InCharge Debt Solution)

6. Again, makin banyak kau simpan, makin cepatlah cukup tabung modal untuk kau beli rumah tu. Paling kurang, simpanlah 30% daripada gaji kau dan pasangan ya.

7. Kepada kau yang dah kerja 10 tahun tapi masih belum berjaya simpan 30% daripada gaji. Kena cepat-cepat buat muhasabah kewangan diri. Sempat lagi.

8. Ada juga yang saya jumpa kerja dah 10 tahun tapi simpanan kecemasan RM2,000 pun tak ada. Sedih dan memang perlu dibantu orang macam ni.

9. Logiknya, takkanlah selama 10 tahun tu tak ada kenaikan gaji langsung kan. Kalau katakan 10 tahun lepas gaji dia RM2,000 dan sekarang RM4,000. Ada beza RM2,000 tu.

10. Kesilapan yang anak muda biasa buat adalah beli kereta yang salah, rajin upgrade kereta, berhutang dengan kad kredit, kahwin dengan pembiayaan peribadi.

11. Bila kau buat benda-benda macam tu, which is berhutang kat benda yang kau tak perlu pun, sebenarnya kau dah sabotaj simpanan masa depan kau awal-awal lagi.

12. Orang macam ni tak boleh buat simpanan bulanan sebab dia terpaksa guna “simpanan bulanan” dia untuk bayar hutang-hutang jahat dulu.

13. Pelik-pelik anak muda sekarang, travel ke luar negara dijadikan trend pula. Swipe kad kredit tak rasa bersalah kat diri sendiri. Siap ada yang buat pembiayaan peribadi.

14. Sebelum nak travel tu, penuhkan dulu dana kecemasan 3 bulan gaji. Kau gaji RM2,000 kan, simpan dulu kemas-kemas RM6,000 dalam tabung Haji atau ASB.

15. Lepas tu, buat ASB Financing RM200K dulu. Lepas 3 tahun, boleh cukup modal untuk kau beli rumah pertama. Lepas tu boleh beli kereta ansuran tak lebih 15% daripada gaji.

16. Ada duit lebihan lagi, bolehlah kau buat majlis kahwin biasa-biasa. Lepas tu, belilah rumah kedua pula. Lepas tu, bolehlah pergi travel dengan tenang dan gembiranya.

17. Atau mungkin juga masa tu kau dah tak teringin nak spend untuk travel mahal-mahal. Sayang duit sebab nak beli rumah lagi dan lagi. Memang ketagih. Ha! – HF

Tak puas baca? Nak baca lebih lagi? Boleh join channel Telegram rasmi saya bersama 55K subscribers lain untuk dapatkan tip, panduan, motivasi dan info terkini pasal hartanah, kewangan dan rahsia penulisan viral. FREE je.

1. Install Telegram di fon.
2. Klik https://telegram.me/HarithFaisal
3. Klik JOIN.

Sumber: FB Harith Faisal

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.