Siakap Keli

Mandi Sungai Di Belakang Istana Bersama Rakan, Mayat Pelajar Tahfiz Dijumpai

Semalam heboh di media sosial tentang satu kejadian yang menimpa seorang pelajar tahfiz, Muhammad Shukri Amri Kadir yang dikatakan lemas ketika  ketika mandi bersama rakannya di sungai belakang Istana Anak Bukit, Alor Setar. Mangsa yang berusia 19 tahun itu cuba diselamatkan oleh rakan-rakannya namun gagal.

Sebentar tadi, Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menjumpai mayat remaja terbabit pada jam 9.57 pagi, lebih kurang 20 meter dari tempat mangsa mandi.

“Masa mandi kaki mangsa kekejangan dan terus lemas…pasukan PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) membuat penyelaman dan telah menjumpai mangsa di dasar sungai. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata seramai 21 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa itu dengan 12 daripadanya merupakan anggota unit PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta BBP Sungai Petani.
Semalam, media melaporkan pihak bomba mendapat panggilan berhubung kejadian menimpa Muhammad Shukri Amri itu pada 2.42 petang.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.