Siakap Keli

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke 62 Tahun, Terus Utuh Bersama Malaysia

Terkenal dengan slogan “Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!”, entiti dan nama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) yang merupakan syarikat pemborong dan peruncit terus kekal utuh dan unggul di negara ini, menyambut ulang tahun ke-62 penubuhannya seusia dengan usia kemerdekaan negara.

Pengarah Urusan Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, MYDIN yang mula bertapak di Kota Bahru, Kelantan, diasaskan oleh Allahyarham Tuan Mydin Mohamed Ghulam Husein pada tahun 1957. MYDIN yang baharu, meluaskan cawangan pertamanya di Sandakan, Sabah pada 23 Ogos lalu, kini mempunyai 74 cawangan pasar raya.

Dengan konsep perniagaan berteraskan produk halal yang dimiliki anak tempatan, MYDIN kini mempunyai 26 cawangan bertaraf ‘hypermarket’. 17 Emporium, 3 Bazar, 8 Supermarket. 12 My Mart, 5 MYDIN Mart dan 3 cawangan kedai premium Sam’s Groceria.

Memilih tema ‘MYDIN 62 tahun: Utuh Bersama Malaysia’ sebagai tema sambutan ulang tahun syarikat itu kini memiliki lebih 8000 pekerja di seluruh negara.

Sambutan ulang tahun MYDIN ke 62 yang dianjurkan ini sebagai komitmen syarikat dalam menghargai sokongan rakan-rakan penaja sambutan, rakan-rakan pembekal strategik dan usahawan-usahawan tempatan terutamanya Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) serta pelanggan.

Melalui sambutan ini juga pelbagai aktiviti dan promosi menarik dirangka bagi menzahirkan penghargaan syarikat kepada pelanggan dan masyarakat yang kekal memberi sokongan dan menjadikan MYIDN sebagai pilihan utama untuk membeli belah.

Dalam pada itu, MYDIN turut melancarkan video Merdeka pertamanya. Cerita yang berkisahkan cara sambutan kemerdekaan yang mungkin berbeza pada setiap orang namun rasa cinta dan patriotisme terhadap negara sama. Kisah ini diharap dapat memberi perspektif berbeza pada pengisian sambutan kemerdekaan seseorang.

Pelbagai promosi dan aktiviti menarik akan diadakan sepanjang 46 hari sambutan bermula 29 Ogos sehingga 13 Oktober 2019. Antara promosi harga barangan rendah yang akan melibatkan 62 jenis barangan, baucar percuma MYDIN RM5.00 kepada pelanggan warga emas berusia 62 tahun dan pelanggan yang memiliki kad keahlian Meriah, boleh menukar mata ganjaran MYDIN kepada 1 mata ganjaran Air Asia Big Point sekaligus berpeluang menebus mata ganjaran kepada tiket penerbangan.

MYDIN turut bekerjasama dengan rakan kongsi ekslusif dalam taliannya, iaitu Shopee, dalam usaha berterusan untuk menawarkan penjimatan yang lebih besar kepada pelanggannya, MYDIN akan mengadakan Super Brand Day dari 23 September hingga 29 September.

MYDIN kekal positif dan optimis menjadi pasar raya pilihan ramai dan menghargai sokongan berterusan yang diterima terutamanya rakan penaja Platinum, Mamee dan PayNet serta penaja-penaja yang lain.

Mereka juga berharap pemain industri tempatan juga harus bijak memainkan peranan dalam menggerakkan dan merancakkan industri domestik ini selari dengan agenda kerajaan yang memperkenal Dasar Keusahawanan Negara dalam membina ekosistem dan melahirkan lebih ramai usahawan berjaya menjelang tahun 2030.

Sementara itu, dalam sidang media, Ameer Ali berkata syarikatnya mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 6.7 peratus daripada Januari hingga Julai tahun ini. Beliau menambah, dengan menasihatkan orang ramai agar menghentikan tindakan memboikot barangan tertentu yang disifatkannya sebagai tidak sihat untuk ekonomi dan negara.

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.