Siakap Keli
Gambar: Kheiry Khairiah

“Tidak Lagi Dapat Melihat Dan Bersuara,” Adik Nishkah Perlu Doa Dan Sokongan Rakyat Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehadiaran anak merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai harganya bagi pasangan yang brkahwin tambahan pula anak itu merupakan anak sulung yang disayangi. Namun, sebagai manusia biasa di muka bumi ini mesti akan berdepan dengan ujian Allah tidak kira berat atau tidak pasti ada hikmah yang menanti.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dengan apa yang berlaku oleh adik Kyfa Nishka Al Kautsar yang begitu kuat melawan penyakit yang dihidapnya walaupun baru berusia tiga bulan.

Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu.

Menurut ibunya, Khairiah semasa pihak Siakap Keli menghubunginya, rasa sayu apabila seorang ibu menceritakan derita yang terpaksa ditanggung oleh anak kecilnya itu.

Dilahirkan sempurna seperti bayi yang lain tetapi sejak usia 20 hari semasa berada dirumah, dia perasaan perubahan yang berlaku pada puterinya yang semakin membesar. Sehinggalah jururawat datang ke rumah untuk pangkau keadaan berpantang, jururawat cakap kepala bayi seakan tidak normal dan perlukan pemeriksaan doktor.

“Saiz kepala baby masa lahir 34cm, 20 hari lepas tu jadi 38cm.”

Doktor buat imbasan MRI dan nampak ada tumor tu kanser sebesar 6cm berada di otak bawah serebelum bayi.

Dia sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan.

Adik Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan.

Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi.

Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa. Segalanya begitu meruntun perasaan. Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini.

Sama-sama kita berdoa untuk adik kecil ini dan keluarganya agar mereka tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Juga kita mendoakan Allah panjatkan usia untuk adik Niskha Al Kautsar ini. Insha-Allah

 

 

Sumber: Persatuan Sokongan Anak Kanser , Kheriy Khairiah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang