Siakap Keli

(Video) ”Ayah Kerja Apa? Ayah Tukang Sapu Pak Nil,” Satu Malaysia Menangis Kerana Adik Ini

”Ayah tukang sapu Pak Nil..”

Kata-kata itu keluar dari mulut seorang kanak-kanak bersama linangan air mata di pipi sehingga meruntun hati netizen.

Ianya bagi menjawab soalan mengenai pekerjaan ayahnya yang diajukan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Nil dalam sesi Jelajah PAK21 baru-baru ini.

Siri jelajah ke sekolah seluruh negara tersebut merupakan salah satu satu inisiatif Kementerian Pendidikan dan Yayasan Pesona yang diasaskan beliau bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan berhubung pembinaan sahsiah diri pelajar.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah sewaktu kunjungan Pak Nil ke SK Sembulan Kota Kinabalu, Sabah.

Pak Nil telah bertemu dengan seorang kanak-kanak di sekolah tersebut yang dikenali sebagai Rahmat Bin Musli. Pertemuan itu ternyata telah membuatkan ramai netizen tersentuh dan mengalirkan air mata.

Tonto video di bawah, tapi jangan lupa sediakan tisu terlebih dahulu.

Sedapnya suara adik Rahmat..

Sementara itu, rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen telah meluahkan perasaan sedih mereka melihat video tersebut.

Ramai ternyata yang tidak dapat menahan air mata mereka dari tumpah. Moga adik Rahmat terus berjaya di masa hadapan!

Ya Allah menangis aku

 

Terus mengalir air mata

Adik ini pasti akan berjaya suatu hari nanti

Banggalah dengan ayah kita

Sumber : mhetv.my

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.