Siakap Keli

(Video)”Paling Best Tengok Sahabat Kau Happy,” Sampai Nak Menangis Dibuatnya Bila Sahabat Hadiahkan ‘Smartphone’ Baru

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Salah nikmat dan rezeki Allah adalah sahabat yang baik. Mereka yang memiliki sahabat yang baik merupakanorang yang paling beruntung dalam dunia ini. Rakan adalah keluarga kedua kita selepas ahli keluarga.

Mungkin bagi sesetengah orang tidak selesa untuk berkongsi masalah dengan keluarga tetapi lebih selesa bersama rakan karib. Kawan boleh cari berjuta tetapi sahabat sangat susah bahkan ada yang tidak ada sahabat tetapi mempunyai banyak rakan.

Satu video tular di aplikasi Twitter mengenai seorang sahabat karib memberi kejutan istimewa yang mengundang sebak ramai netizen yang menonton video ini. Video ini membuktikan keiklasan seorang sahabat.

Menurut Azizul Hafizi semasa dihubungi, mereka bersahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi dan sering video call antara satu sama lain walaupun berjauhan.

Sampai suatu hari, dia mintak beli apa-apa ja phone second  berharga RM 50 setakat boleh Whatsapp jela, kata Azizul.

Bukan apa, adik-adik masih bersekolah dan dia masih lagi belajar. Mak dia seorang saja yang kerja kerana ayahnya tidak bekerja selepas terkena bilah mesin rumput dan mengalami cedera yang teruk.

Dari situ, sudah nampak kesungguhan untuk membantu sahabatnya. Semoga kita juga memiliki pertalian sahabat yang akrab seperti mereka.

Sumber: Azizul Hafizi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.