Siakap Keli

Wanita Cantik Australia, Sanggup Terbang Ke Indonesia Untuk Berkahwin Dengan Tukang Sapu

Seorang wanita cantik berkulit putih asal Australia bernama Arzum Balli berusia 26 tahun sanggup terbang jauh dari negaranya ke Indonesia untuk bertemu dan berkahwin dengan pemuda asal Cilandak, Jakarta Selatan, Bambang Irawan, 28 tahun.

Bambang yang hanya seorang pekerja pembersihan atau ‘cleaner’ di Pondok Labu pun tidak menyangka kalau perempuan cantik itu mahu menjadi teman hidupnya.

Perkenalan mereka bermula pada tahun 2016. “Awalnya dari media sosial, kemudian dari situ kami sering bernyanyi sama-sama. Dari situ persahabatan kami terjalin.” jelas Bambang pada Rabu lepas (28 Ogos) 2019.

Arzum yang ingin mengenali Bambang dengan lebih dekat lagi, akhirnya nekad mengambil keputusan untuk datang ke Jakarta dari Australia pada tahun 2017. Azrum kemudian menghabiskan masa dua minggunya di Jakarta.

Setelah melalui proses perkenalan yang agak panjang, Azrum dan Bambang akhirnya mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Urusan Agama (KUA) Daerah Cilandak pada 18 Ogos lalu.

Kemudian mereka mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana di rumah Bambang.

Sumber: fakta.indo

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.