Siakap Keli
Foto: Trip Advisor/Mirror UK

Anak Dolfin Mati Ketika Buat Persembahan, Didakwa Kepenatan Dipaksa ‘Bekerja’ Keras Hiburkan Pengunjung

Pengunjung di sebuah taman ikan lumba-lumba di Bulgaria telah menyaksikan satu detik menyedihkan apabila seekor anak ikan lumba-lumba telah mati ketika melakukan persembahan baru-baru ini.

Menurut sumber, anak ikan lumba-lumba yang baru berusia sembilan hari itu dipercayai mati akibat terlalu penat ‘bekerja’.

Sehubungan dengan kejadian itu, semua penonton yang sedang menyaksikan persembahan ikan lumba-lumba telah diminta keluar serta-merta oleh kakitangan pusat berkenaan.

Anak ikan lumba-lumba yang didakwa mati ketika lakukan persembahan (Foto: bTV2 via Mirror UK)

Ikan lumba-lumba tersebut dikatakan dipaksa melalukan persembahan empat kali sehari ketika musim panas ini kerana pada musim inilah pusat tarikan tersebut dipenuhi oleh pengunjung.

Walaubagaimanapun, pemilik taman ikan lumba-lumba itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ikan tersebut mati ketika melakukan persembahan.

Dalam pada itu, sebuah badan kebajikan haiwan tempatan memberitahu bahawa sebanyak lima ikan lumba-lumba serta seekor anjing laut dilaporkan mati sepanjang lima tahun terakhir di taman berkenaan.

Seorang biologist memberitahu, haiwan semuda itu tidak patut dipaksa untuk melakukan persembahan.

Satu petisyen bagi mengumpul sokongan supaya taman ikan lumba-lumba itu ditutup telah pun dilancarkan.

Sumber: Mirror UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi