Siakap Keli

Lelaki Tunjuk ‘Belang’ Sebenar Selepas 6 Hari Berkahwin Ibu Tunggal, Anak Tiri Temui Ajal Dilempar Ke Dinding

Bekasi, Indonesia – Seorang ayah tiri bertindak kejam apabila sanggup mencampakkan bayi berusia 15 bulan, yang juga anak tirinya ke dinding hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan anak tersebut.

Tindakan kejamnya itu telah mengakibatkan kematian bayi berkenaan pada Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, suspek turut berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku saat ditanya oleh isterinya, ibu kandung bayi berkenaan.

Pasangan berkenaan baru berkahwin sejak enam hari lalu.

Ketika kejadian, suspek sedang berehat di biliknya bersama bayi yang menghidap demam. Akibat demam, bayi malang itu sering menangis, menyebabkan suspek bertindak membalingnya ke dinding sebanyak tiga kali.

Menurut jurucakap polis tempatan, AKP Wito berkata, lelaki itu mengakui kesalahannya.

“Suspek mengaku melempar mangsa sebanyak tiga kali dan dua kali kepalanya terhantuk pada dinding. Alasannya, mengganggu dirinya yang sedang tidur,” kata AKP Wito.

Bedah siasat mendapati bayi tersebut maut akibat hentakan benda tumpul pada tengkorak mangsa yang menyebabkan pendarahan dan pembengkakan otak sehingga mengakibatkan kematian.

Pura-pura tidak tahu

Menurut Wito, suspek berhelah dan bertanya kepada isterinya yang baru keluar dari bilik air seolah-olah tidak mengetahui apa yang berlaku.

“Kenapa dengan anaknya?” tanya lelaki itu.

Wanita berkenaan yang panik melihat bayi yang tidak sedarkan diri terus membawa mangsa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.

Menurut media tempatan, bayi tersebut mempunyai beberapa kesan lebam pada punggung dan kepalanya.

Sumber: Sosok.id

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.