Siakap Keli
Foto: Scunthorpe Live via Daily Mail

Bayi Tidak Cukup Bulan Lahir Ketika Sedang Bercuti, Pasangan Mungkin Terkandas Akibat Tidak Mampu Bayar Bil

Menerima kelahiran cahaya mata sememangnya antara detik paling manis dalam kehidupan seseorang yang bergelar ibu dan bapa.

Begitu juga dengan pasangan Louis dan Yeridina atau Yeri yang berasal dari Britain ini. Mereka ‘dikejutkan’ dengan kelahiran anak mereka, tiga bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Bayi yang mereka namakan Lily itu lahir tidak cukup bulan semasa pasangan tersebut sedang bercuti di Amerika Syarikat(AS).

Foto: Scunthorpe Live via Daily Mail

Menurut Louis, dia membawa kekasihnya ke hospital selepas wanita itu tiba-tiba demam panas. Tibanya di hospital, doktor memberitahu bahawa Yeri bukannya demam, tetapi dalam situasi kelahiran pra-matang.

Lily akhirnya dilahirkan tidak sampai 24 jam selepas wanita tersebut dimasukkan ke dalam wad. Ketika lahir, berat bayi tersebut hanya sekitar 760 gram sahaja.

Ia adalah detik menggembirakan bagi kedua-dua pasangan. Namun, hakikatnya mereka juga sedang menghadapi masalah berikutan kejadian itu.

Oleh sebab dilahirkan dalam keadaan belum cukup bulan, Lily mengalami kesukaran dan masalah untuk bernafas.

Pernafasan bayi itu juga didakwa sudah dua kali terhenti. Ini memaksa doktor untuk memasang alat bantuan pernafasan kepada bayi berkenaan.

Dia dilaporkan masih lemah namun dalam keadaan stabil disamping ibunya kini.

Satu lagi masalah yang sedang dihadapi pasangan ini ialah Yeri tidak dibenarkan pulang sehingga sekurang-kurang untuk tiga bulan atas faktor kesihatan dia serta bayinya.

Foto: Scunthorpe Live via Daily Mail

Perkara ini secara tidak langsung memberikan masalah kewangan kepada mereka tambahan pula mereka tidak mengambil sebarang insurans kesihatan sepanjang percutian ini.

Berikutan dengan itu, mereka berkemungkinan akan terkandas di hospital tersebut sekiranya gagal untuk membiayai bil hospital dan penginapan yang bernilai lebih £300,000(~RM1.53 juta).

Pasangan itu telah membuka satu akaun di laman GoFundMe bagi mengutip derma atau bantuan untuk membantu mereka menyelesaikan bayaran-bayaran yang perlu dilakukan.

Sumber: Daily Mail 

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.