Siakap Keli
Kredit: Twitter/Bernama

“My Handsome King” Tuanku Permaisuri Buat Twitter Bersemut Dengan Gambar ‘Candid’ Agong, Netizen Cair

Hari Kemerdekaan diceriakan dengan gelagat pasangan Diraja, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan permaisuri baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika acara sambutan di Putrajaya.

Reaksi ceria baginda berdua dalam sambutan hari keramat ini membuatkan hati rakyat jelata berbunga-bunga dan berasa dekat dengan sosok diraja ini.

Terbaru, hati netizen terusik lagi melihat gambar yang dimuatnaik oleh Tuanku Permaisuri di laman Twitternya.

Dalam tempoh lebih kurang satu jam sahaja, kiriman tersebut mendapat lebih 13 ribu tanda suka dari warga maya yang jatuh cinta melihat kemesraan baginda berdua. Sehingga saat artikel ini ditulis, kata kunci Permaisuri Agong sedang trending di Twitter.

Bukan itu sahaja, kaca mata yang dipakai Seri Paduka baginda juga sama dengan Tuanku Permaisuri, menunjukkan keserasian baginda berdua.

Kredit: Bernama

Aduh Tuanku, bersemut Twitter ni

Semoga Seri Paduka Baginda sekeluarga sentiasa dirahmati selalu.

Sumber: Twitter Tuanku Permaisuri

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.